Assalamualaikum,
'buah durian diukur,
manusia perlu bersyukur.'
haha, sebenarnya aku tak reti nak reka pantun ni. abaikan~
Aku nak cite sikit pasal syukur ni. Memang susah nak wujudkan perasaan syukur ni.
Sehinggakan, ada sarjana muda kata, syukur ni kadang2 lebih tinggi darjatnya daripada sabar.
Kenapa? sebab, kalau ada musibah, kita mampu untuk bersabar. ye la , nak buat apa je pun. "sabar jela.."
tapi ada ke masa kita sabar, kita bersyukur? kadang2 , kita tengah sabar pun kita masih merunggut, dan tak bersyukur ada yang telah dikurniakan oleh Allah kepada kita. :D
Kan...kann..kann ??
Allah telah berjanji dalam al-Quran, bahawa Allah akan melipat kali gandakan nikmat Nya kepada hamba Nya yang sentiasa bersyukur..
Saya akui , kadang2 saya pun sukar untuk wujudkan perasaan syukur ni..
^_^
Waallahualam..
No comments:
Post a Comment