Assalamualaikum,
Insan, bertaubatlah. Allah itu Maha Pengampun. Seluas-luas pintu dalam Islam adalh pintu taubat..
kata Allah 'Beritahu kepada hamba-hamba Ku, yang mana mereka telah kecewa dengan diri mereka , jangan mereka putus asa dengan Rahmat Allah. Allah mengampunkan segala dosa."
Islam tidak pernah meletak perantaraan antara manusia dengan Tuhan.. :D
http://www.youtube.com/watch?v=nU-a-ExmTJg
ada seorang insan namanya Ma'iz bin Malik datang kepada Nabi. Di berkata 'aku berzina wahai Rasulullah, bersihkan aku."nabi tak tengok dia, Nabi pusing.. Kemudian , Nabi berikan isyarat "Ma'iz, pergilah.". Tapi Ma'iz tetap berkata, "aku berzina wahai Rasulullah bersihkan aku." Rasulullah cuba bagi pengecualian bagi dia. kata Rasulullah, "Boleh jadi kau cuim, Ma'iz. Boleh jadi kau raba-raba sahaja." tapi Ma'iz tetap berkata, "aku berzina wahai Rasulullah, takkan engkau tak tahu.". Balas Nabi, "Mungkin kau mabuk.". Tapi Ma'iz terus tetap hendakkan hukuman,hukuman dijalankan.
Islam suruh tutup keaiban diri, Islam suruh baiki diri dia,bila-bila masa sahaja.
Islam tak suruh dia pergi buat pengakuan untuk ceritakan keaiban diri dia.Minta ampun pada Allah.. :D
Allah berkata, "Wahai hamba-hamba Ku, jika dosa mu itu banyaknya dari bumi sampai ke langit. Kemudian engkau beristighfar, engkau pohon keampuan kepada Ku, Aku ampunkan engkau. Hamba Ku itu tahu tiada Tuhan yang boleh mengampunkan dosanya dan mengambil tidakkan pada dia."
:)
No comments:
Post a Comment