Sunday, 25 May 2014

Rafiqah 2

Assalamualaikum,
aku harap kau sayang Allah S.W.T lebih daripada segala-galanya.
Dunia ini banyak sangat dugaan & pendustaan.
Harap kau kena pandai jaga diri untuk terus menyiapkan bekalan di akhirat . :D

Jaga iman, jaga hati, jaga diri, jaga maruah, jaga segala-galanya kerana Allah.
^_^
<3 kekalkanlah hati.

Thursday, 10 April 2014

Old Town White Coffee ^_^

Assalamualaikum,
saya dapat kerja dengan Rafiqah binti Mislan,. Atau dikenali sebagai KEPENG... Alhamdulillah, dia seorang yang rajin, baik hati, kuat agama, dan sebagainya.

Hidayah milik Allah :D

Tuesday, 25 March 2014

Tips untuk berjaya drpd SAYA

1, jadikan cacian, makian itu sebagai cabaran.
2, kerapkan solat sunat dhuha.
3, selalu bangun awal sebelum subuh kemudian mandi. (sebelum subuh tu ngaji laaa)
4, nak mengahafal, hafal pada waktu, sblm subuh , tgh hari, mlm ulang balik.
5, pandai uruskan masa.
6, jadikan cabaran sebagai kekuatan untuk belajar.
7, buat jadual untuk belajar
8, sentiasa berzikir. (bersihkan hati, kerana ilmu itu milik Allah. Allah akan beri kpd org yg berhati suci)
9, berbuat baik kpd cikgu,ibu bapa dan siapa2 sahaja.
10, JANGAN COUPLE, sbb menyusahkan jee
11, SOLAT FARDHU JANGAN TINGGAL!!!
12, kerapkan solat sunat taubat.
13, sentiasa solat malam.
14, bertanya jika tak faham, walaupun soalan itu soalan 'bodo2 jerr'
15, sentisa merendahkan diri.
16, makan bnda yg berkhasiat
17, kawan dgn orang yg mmng ada masa depan.
18, study group dgn org yg MEMANG NAK STUDY. BUKAN SEMBANG.
19, habis kelas, minta maaf dgn cikgu kalau tertidur or apa ke..
20, ikut cakap cikgu.
21, Hormati guru.
22, sentiasa berdoa.
23, jgn terlalu bangga dengan apa yg telah ada, kita hanya perlu bersyukur.
24, berselawat ketika belajar. (dlm hati)
25, kurangkan bercakap dan ketawa.
26, ikut sunnah Rasulullah.
27, Sentiasa dekat dengan Allah.

Saturday, 21 December 2013

Manusia perlu bersyukur

Assalamualaikum,

'buah durian diukur,
      manusia perlu bersyukur.'

haha, sebenarnya aku tak reti nak reka pantun ni. abaikan~

Aku nak cite sikit pasal syukur ni. Memang susah nak wujudkan perasaan syukur ni.
Sehinggakan, ada sarjana muda kata, syukur ni kadang2 lebih tinggi darjatnya daripada sabar.
Kenapa? sebab, kalau ada musibah, kita mampu untuk bersabar. ye la , nak buat apa je pun. "sabar jela.."
tapi ada ke masa kita sabar, kita bersyukur? kadang2 , kita tengah sabar pun kita masih merunggut, dan tak bersyukur ada yang telah dikurniakan oleh Allah kepada kita. :D

Kan...kann..kann ??

Allah telah berjanji dalam al-Quran, bahawa Allah akan melipat kali gandakan nikmat Nya kepada hamba Nya yang sentiasa bersyukur..

Saya akui , kadang2 saya pun sukar untuk wujudkan perasaan syukur ni..

^_^
Waallahualam..

Thursday, 19 December 2013

Rafiqah

Assalamualaikum,
aku akui , kau rakan yang terbaik pernah aku ada , selain Murni.
Tapi banyak kali kau kecewakan aku, aku sedih sangat dengan kau.
aku selalu tunggu kau reply, tapi semuanya dulu..~~

Tips dari aku, cara nak bersabar

Assalamualaikum,

Saya nak kongsi sikitlah cara saya untuk bersabar ni.

Allah bersabda ,"Wahai orang-orang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan)..." (Ali-Imran:200)

1. TARIK NAFAS DAN SENYUM
Sekiranya masalah itu datang dihadapan kita, kita tarik nafas dan senyum. kata Dato Fadzilah Kamsah, jika kita senyum selama 10 saat, senyuman itu pasti kekal. Dan senyum ini dapat mengeluarkan enzim2 sihat yang dapat memberikan ketenangan pada jiwa seseorang.. :D

2.PEJAM MATA DAN INGAT PADA ALLAH
Emosi terganggu ini, akan memudah syaitan untuk masuk ke dalam badan kita, sebagai contoh, terlalu sedih, terlalu marah, terlalu gembira dan sebagainya. Sebab itulah Islam melarang kita melampaui batas, cukup sekadar berserdahana. Sekiranya, kita ingat pada yang Maha Esa. Syaitan sukar untuk memasuki tubuh kita.

3.DUDUK JIKA BERDIRI
Jika kita berdiri lebih baik kita duduk, jika kita duduk, lebih baik kita baring. Kerana jika kita merendahkan diri kita, kita mengembalikan sifat semula jadi kita yang dijadikan dari tanah. Tanah adalah ciptaan Tuhan yang paling bersabar..

4.PERGI TEMPAT LAIN (LARI DARI TEMPAT PERISTIWA)
Kadang, muka dia pun boleh buat kita menyampah kan?? So, carilah tempat yang lebih menenangkan.. :D

5.AMBIL WUDUK & SOLAT
Wuduk, dapat melegakan kita, solat dan menenangkan kita. :D

6.MEMBACA AL-QURAN
Keindahan ayat-ayat suci Al-Quran dapat melembutkan hati yang sedang keras..^_^

Insan yang berguna

Assalamualaikum

Sekarang aku dah sedar, Semua yang ibu bapa kita buat, apa pun dorg buat kat kita, perit ke pedih ke.
semua tu adalah untuk mendidik kita, untuk menjadi seorang insan yang berguna.
Sebenarnya, kita jangan berburuk sangka dengan apa yang dorg lakukan, kadang2 memang nampak macam dorg tak endahkan kita, tapi, dalam sudut hati mereka, mereka sayang dgn kita.. :D sebab , kita adalah anugerah kepada mereka..

^_^ kita juga amanah mereka, kita juga perlindungan mereka, jadi, hargailah ibu bapa anda, jika masih ada..