Assalamualikum.. ceritanya begini,
Pada waktu malam sekitar jam 10 mlm... bulan telah terang menunjukkan diri.. waktu itu aku sedang menuang air panas kedalam cawan kaca yang di tersedia di hadapan aku.. Tiba-tiba, lampu telah padam, gelap gelita seluruh pekan, semua penghuni asrama berasa cemas.. tetapi aku masih ingin meneruskan niat ku untuk membancuh air milo. Kemudian, Farhan pergi ke lokernya untuk mengambil "lampu lilin" yang di simpannya.. Aku meminta lampu itu di halakan kepada ku maka Farhan menyuluhkan lampu itu kepada aku dan dia meletakkan "lampu lilin" itu di sebelah ku. Aku meneruskan niat ku.. Tiba-tiba Firdaus menjerit "Ajim ...!!! ke sini...!! Form 5 nak baling batu...!! " Aku terkejut... Lalu dengan tergesa-gesa, aku menguci loker aku dan aku terus berlari ke arah rakan-rakan ku yang diarahkan oleh Basid untuk berkumpul.. Setelah itu, aku duduk di katil bertingkat iaitu katil Alif Din atau di kenali sebagai "john cena"..Aku terus minum tanpa berkata apa-apa pun dan aku duduk diam di situ.. Tiba-tiba "prgrringg!" kedengaran bunyi kaca pecah berdekatan dengan loker Isman dan Firdaus.. Lalu, Firdaus terus pergi melihatnya, kelihatan batu sebesar gengaman telah di lemparkan.. Tidak lama kemudian, kedengaran bunyi teriakkan Form 5" woi form 4!!! buka pintu ni..!!!" sambil menendang pintu dorm.. Ketua Dorm kami hendak membukanya, lalu niat yang baik itu tidak kesampaian setelah melihat form 5 bertalu-talu menendang pindu dorm.. Akhirnya kunci yang telah di selakkan itu pecah dan terbuka lah pintu dorm tersebut.. Form 5 menyerbu masuk dan menyuluhkan lampu ke arah ku..Dia melihat aku sedang minum air milo dengan tenang lalu dia mengalihkan suluhannya ke arah Basid.. Dia berkata " Siapa yang cakap form 5 kerek tadi...?? Aku tahu suara tu datang dari dorm korang,..!!!" Basid menjawab " kami duduk diam je kat sini.. Dorm C kot.. kami tak tahu apa-apa pun, lagi pun Dorm kami ni sebelah je dgn dorm C" "Hang cakap betul-betul,.!! belakang-belakang berani, depan takut,, Meh laa..!! kalau berani!!" kata form 5 sambil tunjuk lagak.. Kemudian, Form 5 keluar dari dorm kami sambil menendang loker Komeng... "dussshhh!!" "Woi!!! tak de adab ke??? ingat kau form 5 aku goyang??? kau tua setahun je..!! kat sini boleh lah tunjuk taiko..!! fight kat luar laa!!!." Selepas itu, warden datang menjalankan tugasnya.. Dia pergi satu demi satu dorm dan membawa kami ke tapak row call... Tidak lama kemudian,dalam sekitar jam 12.30 malam bekalan elektrik di pekan ini kembali pulih.. Kami dengan gembiranya pulang ke dorm masing-masing dengan gembira...
-TAMAT-
Saturday, 26 May 2012
Friday, 16 March 2012
Sunday, 11 March 2012
Hadiah untuk ayah....
huh!! bangganya dpt markah Perakaunan Perniagaan yg paling tinggi dlm klas... tak sangke dapat skor..
muke rebee...tpi berilmu takpe...haha,.,. Hadiah ini untuk ayah.,.,
muke rebee...tpi berilmu takpe...haha,.,. Hadiah ini untuk ayah.,.,
2 minggu ikat perut..!!(asrama)
walaupun ada mkn kat DM tapi tak cukup... perut asyik bunyi je...
duit dh tak de nak wt cm mne... mse rehat lps PNP tu lapar gilerr.... tapi tak de duit... terpakse tahan....:(
duit dh tak de nak wt cm mne... mse rehat lps PNP tu lapar gilerr.... tapi tak de duit... terpakse tahan....:(
Tuesday, 24 January 2012
Pengalaman Baru
Duduk di negeri orang lain perangainya juga berbeza dan susah aku nak fahami...
tapi itu bukan halangan bagi aku untuk belajar, tapi cabaran bagi aku..
Duduk kandang kambing mengembek, duduk kandang harimau mengaum..
jadi, aku kena lah sesuaikan diri... nampak mudah, tapi susah...
mesti ada hikmah disebalik setiap sesuatu yang berlaku...
:D

Wednesday, 11 January 2012
Tak sia-sia
Alhamdulillah .. akhirnya dapat juga aku bersekolah di SMV Kuala Kangsar..
first, aku ucapkan terima kasih dkt Allah S.W.T
kedua aku ucapkan terima kasih kpd diri sndiri sbb aku usaha bersungguh-sungguh utk ke SMV Kuala Kangsar..Ketiga, aku ucapkan terima kasih kepada Ibu ku...dia bnyk bg sokongan,dan dia bnyk ajar aku berusaha untk dptkan sesuatu.. Keempat aku ucapkan terima kasih kepada kaklin yg snggup tolong pergi kesekolah tersebut.. tak lupa juga Murni yg sentiasa bagi semangat kat aku.. Akhir sekali, aku ucapkan terima kasih kat semua kawan2 aku terutamanya amir,,..sebab banyak menyakinkan aku... (Terima Kasih Semua) :)
^_^

Saturday, 7 January 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)