Assalamualikum.. ceritanya begini,
Pada waktu malam sekitar jam 10 mlm... bulan telah terang menunjukkan diri.. waktu itu aku sedang menuang air panas kedalam cawan kaca yang di tersedia di hadapan aku.. Tiba-tiba, lampu telah padam, gelap gelita seluruh pekan, semua penghuni asrama berasa cemas.. tetapi aku masih ingin meneruskan niat ku untuk membancuh air milo. Kemudian, Farhan pergi ke lokernya untuk mengambil "lampu lilin" yang di simpannya.. Aku meminta lampu itu di halakan kepada ku maka Farhan menyuluhkan lampu itu kepada aku dan dia meletakkan "lampu lilin" itu di sebelah ku. Aku meneruskan niat ku.. Tiba-tiba Firdaus menjerit "Ajim ...!!! ke sini...!! Form 5 nak baling batu...!! " Aku terkejut... Lalu dengan tergesa-gesa, aku menguci loker aku dan aku terus berlari ke arah rakan-rakan ku yang diarahkan oleh Basid untuk berkumpul.. Setelah itu, aku duduk di katil bertingkat iaitu katil Alif Din atau di kenali sebagai "john cena"..Aku terus minum tanpa berkata apa-apa pun dan aku duduk diam di situ.. Tiba-tiba "prgrringg!" kedengaran bunyi kaca pecah berdekatan dengan loker Isman dan Firdaus.. Lalu, Firdaus terus pergi melihatnya, kelihatan batu sebesar gengaman telah di lemparkan.. Tidak lama kemudian, kedengaran bunyi teriakkan Form 5" woi form 4!!! buka pintu ni..!!!" sambil menendang pintu dorm.. Ketua Dorm kami hendak membukanya, lalu niat yang baik itu tidak kesampaian setelah melihat form 5 bertalu-talu menendang pindu dorm.. Akhirnya kunci yang telah di selakkan itu pecah dan terbuka lah pintu dorm tersebut.. Form 5 menyerbu masuk dan menyuluhkan lampu ke arah ku..Dia melihat aku sedang minum air milo dengan tenang lalu dia mengalihkan suluhannya ke arah Basid.. Dia berkata " Siapa yang cakap form 5 kerek tadi...?? Aku tahu suara tu datang dari dorm korang,..!!!" Basid menjawab " kami duduk diam je kat sini.. Dorm C kot.. kami tak tahu apa-apa pun, lagi pun Dorm kami ni sebelah je dgn dorm C" "Hang cakap betul-betul,.!! belakang-belakang berani, depan takut,, Meh laa..!! kalau berani!!" kata form 5 sambil tunjuk lagak.. Kemudian, Form 5 keluar dari dorm kami sambil menendang loker Komeng... "dussshhh!!" "Woi!!! tak de adab ke??? ingat kau form 5 aku goyang??? kau tua setahun je..!! kat sini boleh lah tunjuk taiko..!! fight kat luar laa!!!." Selepas itu, warden datang menjalankan tugasnya.. Dia pergi satu demi satu dorm dan membawa kami ke tapak row call... Tidak lama kemudian,dalam sekitar jam 12.30 malam bekalan elektrik di pekan ini kembali pulih.. Kami dengan gembiranya pulang ke dorm masing-masing dengan gembira...
-TAMAT-
No comments:
Post a Comment