Sunday, 2 June 2013

Manisan di Asrama ^_^

Assalamualaikum,,

Saya budak asrama,
hehe, dulu dengar cerita je, asrama ada hantu la, ada buli, dan macam-macam lagi lah.. tapi bila dah duduk asrama ni. walaupun baru 1tahun 5 bulan. Baru tahu apa yang manisnya di asrama.

- erti persahabatan mula difahami.
- mendidik menjadi seorang yang penyanyang & menyanyangi.
- mendidik erti kesabaran.
- mengajar kita berdikari.
- mendedahkan kita erti kehidupan.
- mendidik kita menyelesaikan masalah dengan sendiri.
- menyedarkan kita betapa pentingnya ibu bapa pada kita.

...... sebenarnya banyak lagi kebaikan yg boleh kita temui.

Jadi, siapa yang baru nak berjinak dengan asrama ni.
Janganlah mudah mengalah. mental kena sentiasa strong..
atasilah masalah anda sendiri dengan baik. Insya Allah semuanya akan Ok..

Sesungguhnya, Allah Maha baik dan tidak menerima kecuali yang baik.. ^_^

Sesungguhnya, yang baik itu datang daripada Allah.

-Sekian-


SPM...??!! stop the time!!

Assalamualaikum,

Hummm dah masuk bulan 6, aku tak tahu ok ke tak aku punya result sekarang ni.. jangan terlalu selesa HAZIM!!! Teruskan usaha!!  demi kejayaan.!! :D Kawan-kawan yg membaca ni, tolong doakan saya ye.,.,. Amin... bagi yang menduduki SPM mcm saya ni, jangan cepat mengalah! usaha tangga kejayaan.. Study smart, not study hard!!! ^_^

Saturday, 1 June 2013

Musuh ..?

Assalamualaikum,

Aku tak pernah bermusuh. tak pernah menyimpan dendam,.
kenapa ramai nak bermusuh dengan aku ni.. ?

Innallah hamaa'ssobirin... :D

Sesungguhnya Allah bersama org yg bersabar,., ^_^

Friday, 31 May 2013

Dunia tak adil

Hummm mungkin sebab,

- yang menipu berjaya, yang jujur merana.
- yang baik dipijak, yang jahat memijak.
- yang ikhlas tidak dipandang, yang riak dipandang.

Tapi, INGAT! itu bukan adil atau tidak...! Allah nak menguji tahap kesabaran kita...

'Sesungguhnya Allah bersama orang yang bersabar.'

*Biar di dunia merana, di akhirat bahagia.!
Insya Allah ^_^

Rezeki Allah

Dan Allah memberi rezeki kepada orang-orang yang dikehendaki-Nya tanpa batas.

[Al-Baqarah; 212]

Ishh...Macam2

mula2, tertinggal barang kat loker.. pastu tercicir kat bas, pastu hujan..kemudian,kena jln kaki dlm hujan plak...
slps itu, hampir dikejar anjing... baru sampai rumah... -_- siksanyaaa

Budak Asrama

Assalamualaikum...

Saudara dan saudari yang membacanya.,

aku budak hostel yg berusia 17thn. nak balik rumah setelah bersekolah selama 3 hari.. walaupun setiap kali ada cuti aku balik..tapi balik untuk cuti seminggu kali ini amat berbeza daripada cuti2 biasa..

Ceritanya bermula pada waktu subuh. Aku turun ke surau seorang diri untuk solat berjemaah sambil membawa fon dan charge untuk cas fon..

Waktu itu, aku dan Shahira solat secara berjemaah, yang lain semua tak turun. aku jadi imam pada waktu itu. semasa kami bersolat, aku biarkan fon aku cas di dalam surau.

Selepas itu, aku pun pergi ke Dewan Makan untuk sarapan..
Aku suruh Shahira tengok2kan fon aku.. kemudian, aku naik dorm dan bersiap untuk ke sekolah,.

Tepat jam 1.00 petang. Aku habis jawab kertas akaun. Sementelahan itu, aku keluar dan pergi menyelesaikan tugasan Cerpen aku bersama Amy. Sementara itu, kawan-kawan aku semua sibuk untuk balik ke destinasi masing-masing.


Disamping itu, aku dan Amy dikehendaki meminta tanda tangan tuan pengetua atau puan PK HeM di sekolah itu untuk mengesahkan cerpen kami.Malangnya, kedua-duanya tiada di pejabat. Kami terpaksa untuk meminta tanda tangan dari ketua2 jabatan. Kemudian, kami terserempak dengan rakan sekelas kami iaitu Nazirah. Dia budak terpandai dalam kelas kami. Dia juga mempunyai niat yang sama untuk meminta tanda tangan daripada pihak atasan.

Nak dijadikan cerita, dia tidak lagi fotostat cerpennya.. dia hanya ada CD-ROM cerpennya. Cikgu BM kami yang menguruskan hal ini meminta agar dia fotostat di makmal komputer.

Di bawah panas yang terik itu, aku,Amy dan Nazirah jalan menuju ke makmal komputer. Agak jauh juga lah, dari pejabat hendak ke makmal komputer. Setelah kami tiba di makmal komputer, kami lihat makmal komputer telah berkunci.Kemudian, kami pergi ke makmal PPN. Kami meminta izin cikgu kami untuk menggunakan perkakasan di dalam makmal tersebut. Banyak kekangan yang berlaku semasa kami ingin fotostat cerpen Nazirah.

Setelah itu, aku pulang ke hostel. sebelum itu, aku menunaikan solat zohor. Aku menyuruh Amy untuk mengambil fon aku daripada Shahira. MALANGNYA, DIA DAH PULANG KE KAMPUNG!!!.. sewaktu itu, aku masih berada di asrama. Di minda ku, 'macam mana nak call teksi.? macam mana nak call emak? dan macam mana nak balik ni?'

aku pun pergi mengemas barang dan terus keluar dari asrama. Huh, nasib baik aku bawa 2 fon. tapi malangnya, fon ittu, baterinya sudah hilang. jadi, aku pergi ke kedai untuk membeli bateri baru. Di tangan aku hanya ada RM 50 sahaja,. Hutang dengan Zaimah tak bayar lagi. Jadi, aku buat keputusan untuk mmbelinya. dan aku meneruskan perjalanan, sampai ke pekan K.Kangsar. kemudian, aku temui Alif . dia yang diamanahkan untuk memengang fon aku.

Alhamdulilah.... Sampai juga aku di rumah... ^_^