Assalamualaikum...
Saudara dan saudari yang membacanya.,
aku budak hostel yg berusia 17thn. nak balik rumah setelah bersekolah selama 3 hari.. walaupun setiap kali ada cuti aku balik..tapi balik untuk cuti seminggu kali ini amat berbeza daripada cuti2 biasa..
Ceritanya bermula pada waktu subuh. Aku turun ke surau seorang diri untuk solat berjemaah sambil membawa fon dan charge untuk cas fon..
Waktu itu, aku dan Shahira solat secara berjemaah, yang lain semua tak turun. aku jadi imam pada waktu itu. semasa kami bersolat, aku biarkan fon aku cas di dalam surau.
Selepas itu, aku pun pergi ke Dewan Makan untuk sarapan..
Aku suruh Shahira tengok2kan fon aku.. kemudian, aku naik dorm dan bersiap untuk ke sekolah,.
Tepat jam 1.00 petang. Aku habis jawab kertas akaun. Sementelahan itu, aku keluar dan pergi menyelesaikan tugasan Cerpen aku bersama Amy. Sementara itu, kawan-kawan aku semua sibuk untuk balik ke destinasi masing-masing.
Disamping itu, aku dan Amy dikehendaki meminta tanda tangan tuan pengetua atau puan PK HeM di sekolah itu untuk mengesahkan cerpen kami.Malangnya, kedua-duanya tiada di pejabat. Kami terpaksa untuk meminta tanda tangan dari ketua2 jabatan. Kemudian, kami terserempak dengan rakan sekelas kami iaitu Nazirah. Dia budak terpandai dalam kelas kami. Dia juga mempunyai niat yang sama untuk meminta tanda tangan daripada pihak atasan.
Nak dijadikan cerita, dia tidak lagi fotostat cerpennya.. dia hanya ada CD-ROM cerpennya. Cikgu BM kami yang menguruskan hal ini meminta agar dia fotostat di makmal komputer.
Di bawah panas yang terik itu, aku,Amy dan Nazirah jalan menuju ke makmal komputer. Agak jauh juga lah, dari pejabat hendak ke makmal komputer. Setelah kami tiba di makmal komputer, kami lihat makmal komputer telah berkunci.Kemudian, kami pergi ke makmal PPN. Kami meminta izin cikgu kami untuk menggunakan perkakasan di dalam makmal tersebut. Banyak kekangan yang berlaku semasa kami ingin fotostat cerpen Nazirah.
Setelah itu, aku pulang ke hostel. sebelum itu, aku menunaikan solat zohor. Aku menyuruh Amy untuk mengambil fon aku daripada Shahira. MALANGNYA, DIA DAH PULANG KE KAMPUNG!!!.. sewaktu itu, aku masih berada di asrama. Di minda ku, 'macam mana nak call teksi.? macam mana nak call emak? dan macam mana nak balik ni?'
aku pun pergi mengemas barang dan terus keluar dari asrama. Huh, nasib baik aku bawa 2 fon. tapi malangnya, fon ittu, baterinya sudah hilang. jadi, aku pergi ke kedai untuk membeli bateri baru. Di tangan aku hanya ada RM 50 sahaja,. Hutang dengan Zaimah tak bayar lagi. Jadi, aku buat keputusan untuk mmbelinya. dan aku meneruskan perjalanan, sampai ke pekan K.Kangsar. kemudian, aku temui Alif . dia yang diamanahkan untuk memengang fon aku.
Alhamdulilah.... Sampai juga aku di rumah... ^_^
No comments:
Post a Comment